Penyiksaan Anjing Mengundang Simpati
Ini mungkin kes paling buruk yang dialami oleh binatang.
Walaupun kepada haiwan, kelakuan ini adalah sangat sadis.
Seekor anjing ditembak 40 kali di kepalanya, diikat, dan kemudian ditanam hidup-hidup dengan hanya hidungnya di permukaan pasir.
Tapi, dengan Kuasa Tuhan.. anjing itu tetap hidup. Anjing crossbreed mongrel yang diberi nama ‘Star’ oleh penyelamatnya itu ditemui di Kota Birzebbuga, Malta.Anjing tersebut ditemui oleh petugas yang pada masa itu sebenarnya sedang menyiasat kes lain.
Semasa sedang melakukan penyelidikan, petugas itu mendengar suara rintihan anjing dari bawah papan kayu yang ditindih sebongkah kayu pohon besar.













