Selamat Menyambut Hari Malaysia

Happy Malaysia day! 16 Sept 2012

Adam dan Hawa:Drama Terbaik Musim Ini

Tak usah diucap, tak usah dilafaz, aku dah mengerti bahasa cintamu..

Informasi Teknologi Yang Terkini

Information technology (IT) adalah istilah umum yang menjelaskan teknologi apa pun yang membantu manusia dalam semua aspek...

Permainan Yang Mencabar

Download Games secara percuma dengan versi penuh (Full Version)...

Komoniti Rangkaian Seluruh Dunia

Mengeratkan hubungan silaturrahim dengan menjalinkan hubungan komuniti rangkaian dengan semua blogger tempatan ...

Tuesday

Boikot Israel !!!

Boikot Barangan Israel

Adakah kita rela untuk menyumbangkan wang kita untuk musuh-musuh Islam? Adakah kita rela saudara seaqidah dengan kita dibedil dengan peluru-peluru akibat dari sumbangan kita, semestinya tidak....? Marikan kita sama-sama BOIKOT barangan  ISRAEL.....

Klik sini untuk lihat semua barangan ISRAEL...
Sumber: PPIM

Monday

Istana Negara di Jalan Duta lebih RM800 JUTA

Kos bina Istana Negara di Jalan Duta lebih RM800 juta





KUALA LUMPUR: Kos pembinaan Istana Negara yang baru kini bernilai lebih RM800 juta, termasuk kos menaik taraf jalan dan pembinaan persimpangan bertingkat, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.


Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng, berkata perubahan kos itu, berbanding kos asal RM400 juta diumumkan sebelum ini, disebabkan kos asal tidak meliputi harga rundingan dan tidak menyeluruh. Beliau berkata pembinaan bangunan baru di Jalan Duta itu terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu Kompleks Istana Negara bernilai kira-kira RM650 juta, persimpangan bertingkat (RM130 juta) dan menaik taraf jalan (RM32.5 juta). "Istana Negara adalah mercu tanda dan simbol kebanggaan sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan di Malaysia yang mana kemudahannya mestilah melibatkan aspek keselamatan dan ciri-ciri estetika khusus.

"Sehubungan itu, kerajaan telah menimbangkan beberapa faktor dan menawarkan projek ini secara rundingan terus kepada tiga syarikat bagi ketiga-tiga komponen utama Istana Negara," katanya menjawab soalan Nga Kor Ming (DAP-Taiping) di sini.

 
Nga ingin tahu kemudahan yang bakal dibina dan jumlah kos perbelanjaan pembinaan Istana Negara yang baru.

 
Yong berkata Istana Negara sedia ada di Jalan Istana pada asalnya merupakan banglo milik perseorangan yang dibina pada 1928 sebelum diambil alih dan diwartakan sebagai Istana Negara pada 1957.

"Kerajaan pada 2005 memutuskan bahawa telah tiba masanya dibina istana baru iaitu di Jalan Duta bagi menggantikan istana sedia ada. Projek Kompleks Istana Negara ini dijangka siap Februari tahun depan," katanya. - BERNAMA

Usah ikut pelunjuk Israel

Mesir usah ikut pelunjuk Israel: Tun M



KUALA TERENGGANU: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menggesa Mesir agar tidak terlalu mengikut telunjuk Israel dengan mengenakan pemeriksaan ketat ke atas bantuan kemanusiaan yang disalurkan kepada penduduk Palestin di sempadan Rafah.

 
Pengerusi Perdana Global Peace Organisation (PGPO) itu berkata, Israel akan melakukan pelbagai cara bagi memastikan bantuan tersebut tidak sampai atau lambat tiba kepada penduduk Palestin yang memerlukannya. "Walaupun pintu sempadan Rafah dibuka, Israel akan desak Mesir untuk memeriksa dengan ketat dengan alasan bantuan itu turut ada senjata, sedangkan kita memang sudah pastikan tidak ada senjata dihantar. "Ini adalah helah Israel sahaja. Saya berharap kerajaan Mesir tidak akan memberi kerjasama kepada Israel," katanya kepada pemberita selepas berucap lebih sejam pada perhimpunan Melayu Bangkit anjuran Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) di Stadium Negeri di sini.


Beliau berkata Israel melakukan tekanan itu sebagai tindakan halus rejim berkenaan bagi memusnahkan bangsa Palestin secara beramai-ramai atau genosid.


Dr Mahathir berkata sehubungan itu, Israel akan cuba sedaya upaya menyekat bekalan makanan, ubat-ubatan dan sebagainya dalam usaha mengurangkan jumlah penduduk di Semenanjung Gaza.


"Bila mereka tidak dapat makanan yang cukup, ubat-ubatan, tidak dapat (menikmati) hidup sempurna, tidak ada rumah dan terpaksa hidup dalam khemah, dalam musim sejuk umpamanya, yang tua dan daif akan mati kerana kesejukan," katanya.

Beliau berkata walaupun sukarelawan gagal menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini, namun apa yang berlaku kepada mereka berjaya membuka mata masyarakat dunia terhadap kezaliman Israel yang tergamak membunuh orang tidak bersenjata.


"Dunia sekarang ini dapat tahu bahawa rejim Israel bukan sahaja sanggup bunuh musuh mereka iaitu orang-orang Palestin, tetapi kawan kepada orang Palestin pun mereka sanggup bunuh," katanya.


Beliau merujuk kepada tragedi 31 Mei lalu yang menyaksikan tentera regim Zionis itu membunuh sembilan aktivis serta menahan puluhan sukarelawan, termasuk 12 rakyat Malaysia, yang berada di atas kapal "Mavi Marmara" di perairan antarabangsa ketika ia dalam perjalanan ke Gaza untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan.


Mavi Marmara adalah sebahagian daripada konvoi misi bantuan kemanusiaan membabitkan beberapa kapal yang membawa kira-kira 700 sukarelawan dari 50 negara.


Pada 5 Jun lalu, askar Israel menahan kapal MV Rachel Corrie tajaan PGPO yang turut serta dalam konvoi itu.

Enam sukarelawan negara yang berada di atasnya turut ditahan, bagaimanapun mereka dibebaskan sehari kemudian.


Hadir sama pada perhimpunan Melayu Bangkit hari ini ialah Menteri Besar Datuk Ahmad Said dan pengerusi Gertak Razali Idris serta lebih 2,000 wakil badan bukan kerajaan (NGO).

Gertak kemudiannya menyampaikan sumbangan sebanyak RM121,258.80 rakyat Terenganu untuk Tabung Gaza kepada Dr Mahathir. - BERNAMA

Laptop Percuma


Pelajar dari keluarga berpendapatan kurang RM3,000 boleh mohon



KUALA KLAWANG: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengedarkan satu juta komputer riba 1Malaysia secara percuma kepada golongan masyarakat berpendapatan rendah supaya mereka memperoleh capaian akses internet jalur lebar.



Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata program khas SKMM itu akan memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah menggunakan kelebihan internet dalam memajukan diri dan keluarga. “Golongan yang layak menerima komputer riba itu nanti ialah yang pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 dan mempunyai anak masih belajar sama ada di sekolah mahu pun universiti dengan pengesahan oleh pemimpin masyarakat. “Pelajar sekolah menengah dan universiti juga boleh memohon mendapatkan komputer riba itu sendiri jika datang dari keluarga yang layak dengan proses permohonan itu disokong oleh institusi masing-masing,” katanya selepas merasmikan pakej ‘Jalur Lebar Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan Komputer 1Malaysia’ di Dewan Majlis Daerah Jelebu di sini, semalam.



Melalui pakej itu, TM turut mengedarkan sebanyak 200,000 komputer secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah di seluruh negara dengan kadar bayaran bulanan perkhidmatan jalur lebar serendah RM38.



Rais yang juga Ahli Parlimen Jelebu, berkata SKMM sedang memperincikan program pemberian percuma berkenaan dan akan melancarkannya tidak lama lagi bermula di Johor, sebelum diperluaskan di seluruh negara.



Komputer riba 1Malaysia dibangunkan Mimos Bhd itu bakal membolehkan pengguna melayari internet melalui perkhidmatan jalur lebar seperti WiFi, sistem 3G atau HSDPA dan WiMAX.

Katanya, dengan pemberian keseluruhan 1.2 juta komputer riba percuma itu (SKMM dan TM), pihaknya menjangka matlamat kerajaan untuk mencapai 50 peratus penembusan jalur lebar di kalangan isi rumah menjelang akhir tahun ini akan tercapai.



Dalam perkembangan berkaitan, Rais berkata, pihaknya dan TM akan menyediakan perkhidmatan akses point internet tanpa wayar (WiFi) percuma di kawasan kampung di seluruh negara yang mempunyai talian kabel telefon.



“Kita akan memasang satu alat khas pada telefon awam atau kabel di kawasan tumpuan penduduk kampung seperti balai raya dan ia membolehkan internet dicapai dalam jarak lingkungan dua kilometer.



“Projek itu sudah diuji di Kampung Asia Jaya, Sibu, Sarawak baru-baru ini dan akan diperluaskan di seluruh negara tidak lama lagi,’ katanya.



Dalam perkembangan lain, Rais berkata semua pengamal media warga negara Malaysia yang bekerja di lapangan, terutama wartawan dan jurugambar akan diberi komputer riba 1Malaysia percuma bagi membolehkan mereka memperoleh capaian internet di mana saja ketika bertugas