Monday

Laptop Percuma


Pelajar dari keluarga berpendapatan kurang RM3,000 boleh mohon



KUALA KLAWANG: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengedarkan satu juta komputer riba 1Malaysia secara percuma kepada golongan masyarakat berpendapatan rendah supaya mereka memperoleh capaian akses internet jalur lebar.



Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata program khas SKMM itu akan memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah menggunakan kelebihan internet dalam memajukan diri dan keluarga. “Golongan yang layak menerima komputer riba itu nanti ialah yang pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 dan mempunyai anak masih belajar sama ada di sekolah mahu pun universiti dengan pengesahan oleh pemimpin masyarakat. “Pelajar sekolah menengah dan universiti juga boleh memohon mendapatkan komputer riba itu sendiri jika datang dari keluarga yang layak dengan proses permohonan itu disokong oleh institusi masing-masing,” katanya selepas merasmikan pakej ‘Jalur Lebar Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan Komputer 1Malaysia’ di Dewan Majlis Daerah Jelebu di sini, semalam.



Melalui pakej itu, TM turut mengedarkan sebanyak 200,000 komputer secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah di seluruh negara dengan kadar bayaran bulanan perkhidmatan jalur lebar serendah RM38.



Rais yang juga Ahli Parlimen Jelebu, berkata SKMM sedang memperincikan program pemberian percuma berkenaan dan akan melancarkannya tidak lama lagi bermula di Johor, sebelum diperluaskan di seluruh negara.



Komputer riba 1Malaysia dibangunkan Mimos Bhd itu bakal membolehkan pengguna melayari internet melalui perkhidmatan jalur lebar seperti WiFi, sistem 3G atau HSDPA dan WiMAX.

Katanya, dengan pemberian keseluruhan 1.2 juta komputer riba percuma itu (SKMM dan TM), pihaknya menjangka matlamat kerajaan untuk mencapai 50 peratus penembusan jalur lebar di kalangan isi rumah menjelang akhir tahun ini akan tercapai.



Dalam perkembangan berkaitan, Rais berkata, pihaknya dan TM akan menyediakan perkhidmatan akses point internet tanpa wayar (WiFi) percuma di kawasan kampung di seluruh negara yang mempunyai talian kabel telefon.



“Kita akan memasang satu alat khas pada telefon awam atau kabel di kawasan tumpuan penduduk kampung seperti balai raya dan ia membolehkan internet dicapai dalam jarak lingkungan dua kilometer.



“Projek itu sudah diuji di Kampung Asia Jaya, Sibu, Sarawak baru-baru ini dan akan diperluaskan di seluruh negara tidak lama lagi,’ katanya.



Dalam perkembangan lain, Rais berkata semua pengamal media warga negara Malaysia yang bekerja di lapangan, terutama wartawan dan jurugambar akan diberi komputer riba 1Malaysia percuma bagi membolehkan mereka memperoleh capaian internet di mana saja ketika bertugas

3 orang menjawab...:

  1. macam mana nak mohon ni . saya nak mohonkan untuk adik saya yang tahun depan akan mengambil peperiksaan pmr . ibu bapa saya mempunyai pendapatan bawah rm1500 1 bulan .

    ReplyDelete
  2. Saya berharap sangat agar permohonan laptop percuma buat anak anak saya yang masih bersekolah (2 menengah/1rendah) akan mendapat perhatian dan keprihatinan dari pihak tuan..kerana anak anak saya amat memerlukan laptop bagi mendapatkan rujukan internet dalam pembelajaran..saya tak mampu membelikan anak anak saya laptop kerana saya hanya operator kilang yang berpendapatan rendah....sekali lagi semoga permintaan anak anak saya ini mendapat perhatian dari pihak tuan...semoga Allah saja yang dapat membalasnya.....

    ReplyDelete
  3. Saya harap permohonan laptop percuma untuk saya dan pelajar university yang kurang berkemampuan dan mak bapa yang berpendapatan rendah....saya amat memerlukan laptop untuk belajar...saya harap pihak tuan bolehlah pertimbangkan permohonan saya ...

    ReplyDelete