
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul tapi kisah  hidupnya diabadikan dalam Al-Quran adalah Lukman Al Hakim. Kenapa, tidak  lain, kerana hidupnya penuh hikmah. Suatu hari ia pernah menasihati  anaknya tentang hidup.
Wahai anakku ! Elakkan dirimu dari berhutang kerana sesungguhnya  dengan berhutang itu akan menjadikan dirimu hina diwaktu siang hari dan  menjadikan dirimu gelisah di waktu malam hari.
Wahai anakku ! Sekiranya kedua ibu bapamu memarahimu kerana sesuatu  kesalahan yang telah kamu lakukan maka kemarahan kedua mereka itu adalah  seperti baja untuk menyuburkan tanaman.
Wahai anakku ! Engkau akan dapat rasakan betapa beratnya ketika  mengangkat batu yang besar atau besi yang padat tetapi ada yang lebih  berat dari itu iaitu apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.
Wahai anakku ! Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk  mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah  mengamalkannya. Perbuatan ini tak ubah seperti seorang pencari kayu api  yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan ia tidak mampu untuk  mengangkatnya.
Wahai anakku ! Berhati-hatilah terhadap tutur bicaramu, peliharalah  budi bahasamu dan sentiasalah bermanis muka nescaya kamu akan disenangi  dan disukai oleh orang yang berada di sekelilingmu. Perumpamaannya  seolah mereka telah mendapat barang yang amat berharga darimu.
Wahai anakku ! Jika kamu mahu mencari sahabat sejati maka kamu ujilah  ia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuatkan ia marah terhadapmu.  Sekiranya dalam kemarahan itu ia masih mahu menasihati, menyedarkan dan  menginsafkan kamu, maka dialah sahabat yang dicari. Jika berlaku  sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.
Wahai anakku ! Bila kamu mempunyai teman yang karib maka jadikanlah  dirimu sebagai seorang yang tidak mengharapkan sesuatu apapun darinya  sebaliknya biarkanlah temanmu itu sahaja yang mengharapkan sesuatu  darimu.
Wahai anakku ! Jagalah dirimu selalu supaya tidak terlalu condong  kepada dunia dan segala kesenangan dan kemewahannya kerana Allah tidak  menciptakan kamu hanya untuk kehidupan di dunia sahaja. Ketahuilah tidak  ada makhluk yang lebih hina selain dari mereka yang telah diperdayakan  oleh dunia.
Wahai anakku ! Janganlah kamu ketawa jika tiada sesuatu yang  menggelikan, janganlah kamu berjalan jika tiada arah hala tujuan,  janganlah kamu bertanya tentang sesuatu yang tidak memberi apa-apa  faedah pun kepadamu dan janganlah kamu mensia-siakan hartamu pada jalan  maksiat.
Wahai anakku ! Sesiapa yang bersifat penyayang sudah tentu dia akan  disayang, sesiapa yang bersifat pendiam sudah tentu dia akan selamat  dari mengeluarkan perkataan yang sia-sia. Ketahuilah sesiapa yang tidak  dapat menahan lidahnya dari mengeluarkan ucapan kotor, sudah tentu ia  akan menyesal kelak.
Wahai anakku ! Bergaul dan berkawanlah dengan orang-orang yang soleh  dan berilmu. Bukalah pintu hatimu dan dengarlah segala nasihat dan  tunjuk ajar darinya. Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara  hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering  lalu disirami air hujan.
Wahai anakku ! Sesungguhnya kehidupan kita ini diibaratkan seperti  sebuah kapal yang belayar di lautan dalam dan telah banyak manusia yang  karam didalamnya. Jika kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal  yang bernama takwa, isi kandungannya ialah iman sedang layarnya pula  ialah tawakal kepada Allah.
Wahai anakku ! Bila kamu menerima dua undangan majlis, satu majlis  perkahwinan dan satu lagi majlis takziah kematian, maka utamakanlah  majlis kematian kerana dengan menghadiri majlis ini akan mengingatkan  kamu kepada kampung akhirat, sedangkan dengan menghadiri majlis  perkahwinan akan mengingatkan kamu kepada keseronokkan dunia sahaja.
Wahai anakku ! Janganlah kamu terus menelan apa saja yang kamu rasa  manis dan meludah setiap apa yang kamu rasa pahit. Ingatlah, tidak semua  yang manis itu akan menjadikan kita segar dan tidak semua yang pahit  itu akan menjadikan kita segar.
Wahai anakku ! Janganlah kamu makan dengan terlalu kenyang yang  berlebih-lebihan. Sesungguhnya adalah lebih baik jika bahagian dari yang  kenyang itu diberikan kepada anjing sahaja.
“Anakku, jika makanan telah memenuhi perutmu, maka akan matilah  pikiran dan kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan malas untuk  melakukan ibadah, dan hilang pulalah ketulusan dan kebersihan hati.  Padahal hanya dengan hati bersih manusia bisa menikmati lazatnya  berdzikir.
“Anakku, kalau sejak kecil engkau rajin belajar dan menuntut ilmu. Dewasa kelak engkau akan memetik buahnya dan menikmatinya.”
Wahai anakku ! Carilah harta di dunia ini sekadar keperluanmu sahaja  dan nafkahkanlah hartamu yang selebihnya pada jalan Allah sebagai  bekalan di akhirat. Janganlah kamu membuat dunia ini kelak dirimu akan  menjadi pengemis dan membebankan pula orang lain tetapi jangan pula kamu  terlalu mengejar dunia sehingga terlupa bahawa kamu akan mati.  Ketahuilah, apa yang kamu makan dan pakai itu semuanya dari tanah  belaka.
Wahai anakku ! Jangan kamu melantik seseorang yang bodoh menjadi  utusanmu. Jika tiada siapa yang lebih cerdas, pintar dan bijak maka yang  sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan.
Wahai anakku ! Orang yang bersedia untuk mendengar nasihat dan  bimbingan dari orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat  penjagaan dari Allah tetapi bagi orang yang insaf dan sedar setelah  menerima teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemulian dari  Allah.
“Anakku, aku sudah pernah memikul batu-batu besar, aku juga sudah  mengangkat besi-besi berat. Tapi tidak pernah kurasakan sesuatu yang  lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya.”
“Anakku, aku sudah merasakan semua benda yang pahit. Tapi tidak pernah kurasakan yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan.
“Anakku, aku sudah mengalami penderitaan dan bermacam kesusahan.  Tetapi aku belum pernah merasakan penderitaan yang lebih susah daripada  menanggung hutang.”
“Anakku, sepanjang hidupku aku berpegang pada lapan wasiat para nabi. Kalimat itu adalah:
1. Jika kau beribadah pada Allah, jagalah fikiranmu baik-baik.
2. Jika kau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandanganmu.
3. Jika kau berada di tengah-tengah majlis, jagalah lidahmu.
4. Jika kau hadir dalam jamuan makan, jagalah perangaimu.
5. Ingatlah Allah selalu.
6. Ingatlah maut yang akan menjemputmu
7. Lupakan budi baik yang kau kerjakan pada orang lain.
8. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu.
NASIHAT LUKMAN PADA AL-QURAN
Dan ingatlah ketika Lukman berkata kepada anaknya (Tsaran) dan ia  menasehatinya: “Hai anaku janganlah kamu mempersekutukan Allah,  sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang  besar,” (Qs Lukman (31) : 13)
Hai anaku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji  sawi dan berada dalam batu atau di langit atau berada di dalam bumi,  niscaya Allah akan mendatangkannya (membawanya) sesengguhnya Allah maha  halus lagi maha mengetahui.” (qs Lukman (31) : 16)
Hai anaku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang  baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah  terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk  hal-hal yang diwajibkan (Allah).” (Qs Lukman : 17)
Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong)  dan janganlah kamu berjalan dimuka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya  Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri (  Qs Lukman : 18)
Dan sederhanakanlah kamu dalam berjalan dan rendahkanlah suaramu.  Sesungguhnya seburuk-buruknya suara ialah suara keldai. (Qs Lukman : 19)
Nasihat Lukman Hakim kepada putranya selain dari Al-quran.
Wahai anaku, jagalah duniamu demi kehidupan akhiratmu, nescaya engkau memperolehi kedua-duanya dengan beruntung.
Wahai anaku, janganlah mencampuri urusan duniamu terlalu dalam yang  membuat rosak urusan akhiratmu dan janganlah meninggalkan dunia sama  sekali sehingga engkau menjadi beban orang lain.
Wahai anakku, sebagaimana tidur demikianlah engkau mati, dan sebagai  mana engkau bangun demikianlah engkau dibangkitkan. Beramallah dengan  amal soleh niscaya engkau tidur dan bangun seperti pengantin baru, dan  janganlah beramal dengan amal yang buruk, sebab engkau akan tidur dan  bangun ketakutan, seperti orang yang dicari-cari penguasa untuk  ditumpahkan darahnya (dibunuh).
Wahai anakku apabila terdapat pada diri seseorang 5 perkara: agama,  harta, sifat malu, baik budi dan dermawan, maka dia seorang yang bersih  lagi takwa menjadi kekasih Allah dan lepas dari gangguan syaitan.
credit: 
www.isuhangat.net.