Friday

Top 6 :Cara-cara Nak Cepat Kaya



Top 6 kembali lagi dengan carta yang semakin panas dan mencabar. Kali ini kita akan menyelidiki cara-cara hebat yang membolehkan orang jadi kaya .


Orang kita memang teruja kalau bab nak kaya ni terutama sekali dengan cara yang pantas dan segera. Tak caya nengok lah dalam website ni sendiri memacam laman yang menawarkan wang,kekayaan dengan segera dan orang kita ramai yang terlibat pasal mereka memang suka jalan pintas menuju kekayaan tanpa perlu berusaha keras. Jadi mari kita tengok 6 cara yang paling popular untuk jadi kaya kalau tak jadi kaya jadi kayap pun kira berjayalah jughak tu.

Ditempat ke 6
Masuk peraduan ,
Terutamanya peraduan yang menawarkan hadiah juta-juta macam who wants to be a milionaire ke, PaweRut ke. Tapi janganlah sampai berabis. Ingat-ingatlah sikit yang itu hanyalah sekadar mencuba nasib. Bayangkan nak kaya punya pasal diborongnya satu gudang air pawerut. skali tak menang apalagi tak henti memerutlah gamaknya, mana taknya habis segudang air di minumnya.

Ditempat ke 5Main Judi
Beli loteri , nombor ekor, kalau mampu sikit pergilah main judi ke mahjong ke main luckyball ke, jetpot ke takpun betting ke. Kalau mampu lagi main lah pulak poker ke, ruletke, Jack Black ke dan seangkatan dengannya untung-untung menang besar tapi kalu rugi pun besarlah jugak, Sindri mau ingatlah..

Ditempat ke 4
Masuk skim cepat kaya.

Hari ni masuk esok dah boleh jadi jutawan. takpun jadi julingwan. Ialah mana taknya bila masuk aje tup tup skim tersebut melingkup tak ke sawan jadinya.

Ditempat ke 3Makan rasuahAmbik aje rasuah kontrak juta-juta. Apa kisah? pastu tutuplah kembali kes tu. Apa susah?dah kaya, semua boleh buat. Hulur ajelah lagi dan lagi dan lagi. Kalau kena cekup pun boleh hulur lagi. Alah! mudah aje hidup ini yang tak mudahnya bila dah dihujung antara hidup dan mati. Nak hulur jugak? Boleh.....Boleh belah..

Ditempat ke 2Rompak bank.Tapi kenalah rompak juta-juta baru berbaloi. Kalau takat lima nam ratus buang karen aje..Kalau selamat kira ok lagi kalau kene tembak. Nak menyesal pun dah terlambat..Nak bertobat lagilah tak sempat. Kesudahannya? Sedar-sedar aje ....Marobbuka..Barulah terbeliak bijik mata...

Ditempat pertama
Jual dadah.

Memang kaya punya ..dah terbukti di peringkat antarabangsa, kalau tak percaya tengoklah raja-raja dadah tu ngalahkan raja kekayaan mereka. Pastu siap sedialah diburu oleh polisia dan kalau tak bernasib baik kepolisia kantore lah jawabnya, Apatu? Kantor Polisi lah...Pastu lagi.. ke tali gantung lah pulak kesudahannya. Kekayaan tadi? Sendiri mau ingat aaar..

Walau apa cara sekali pun fikirlah halal haramnya kerana kekayaan di dunia ni tak kemana perginya. Setakat rumah besar, kereta besar dan bini besar je termampu kita miliki. Bila semua dah ditarik pemiliknya ruang yang sempit, gelap dan sunyi juga kesudahannya. Contoh paling hebat ialah kisah Karun yang mati ditimbuni harta kekayaan yang di agungkannya.

0 orang menjawab...:

Post a Comment