Hari ini abg nak bongkar rahsia bagaimana menghapuskan MAT REMPIT SECARA TOTAL? Suatu jalan penyelesaian TANPA MENGHABISKAN wang kerajaan DUIT BERJUTA-JUTA. Sebelum itu mari kita soroti jalan cerita Mat dan Minah Mat rempit ini...akhir sekali panjangkan idea penyelesaian ini..
- Semua tahu apa itu Mat Rempit? Pelumba-pelumba haram ataupun lebih dikenali dengan ‘Mat Rempit’ menjadi topik panas yang sering dibincangkan lebih sedekad lalu.. Belum selesai dengan satu masalah, timbul masalah Rempit di kalangan remaja Malaysia yang semakin menjadi-jadi kini. Saban hari ada je cerita berkaitan mat rempit di dalam akhbar-akhbar. Kumpulan ‘Mat Rempit’ yang bergerak secara berkumpulan lebih berani membuat onar dan mengganggu keamanan hidup.
- Kerajaan ada mencuba pelbagai cara untuk hapuskan mat rempit.Yang biasa dibuat adalah panjat gunung,Naik payung terjun,ceramah agama,buat tempat khas untuk mat rempit racing.Semua program ini,membazir dalam mencapai matlamat utama menghapuskan Mat Rempit!
- Kerajaan baru-baru ini,telah menggantikan perkataan mat rempit dengan samseng jalanan.Satu langkah yang makin memarahkan gelaja rempit!!
- Jadi bagaimana kita nak hapuskannya? Itu persoalan ramai orang termasuk kerajaan sendiri.Langkahnya sebenarnya mudah!..apa yang kita perlu buat adalah;
- Dengan mengharamkan penggunaan ayat mat rempit dan ditukarkan dengan ayat panggilan MAT BODOH,MAT BAHLUL,MAT CILAKA ATAU MAT SENGAL.Saya percaya Mat rempit akan rasa diri mereka TERHINA!!!..
- Kita perlu sedar sebenarnya kita telah mengangkat imej MAT REMPIT sehinggakan MAT REMPIT difilemkan. ADNAN SEMPIT,REMP-IT adalah antara contohnya.Cuba kita bayangkan jika filem tersebut menggunakan title MAT BODOH,atau Mat Sengal.Mungkin filemnya belum tentu jadi filem BOX office!
- Bayangkan pula, si ibu yang memberikan pesanan kepada anak-anak yang menunggang motosikal." Man,hati-hati bawak motor tu jangan merempit pula! Bahaya nanti"..mungkin ayat pesanan ibu tadi bertukar, JIKA ayat Mat rempit diharamkan -"Man,hati-hati bawak motor tu,jangan sampai orang gelarkan ko MAT SENGAL,malu mak nanti!"
- Jadi,saya cadangkan kerajaan tukarkan semula SAMSENG JALANAN/MAT REMPIT kepada MAT BODOH.Kerana kalau berterusan begini,gejala mat rempit tidak dapat terpadam kerana IMEJ pada nama MAT REMPIT yang tinggi pada pandangan jiwa remaja!
- Pada hemat saya tidak perlu kempen tunggang cermat untuk penunggang motosikal ini.Yang penting haramkan sahaja perkataan MAT REMPIT dan tukarkan kepada perkataan menghina seperti MAT BODOH!.
- Ini mengambil contoh pengalaman saya semasa di awal 90- 90an dimana gejala Bohjan dan bohsia tidak berleluasa kerana panggilan itu sudah cukup menghinakan.Ramai yang tidak jadi melepak di shopping kompleks kerana takut digelar BOHJAN!
sumber: http://zamsaham.blogspot.com
wah...bagus10000000x...
ReplyDeletehahahaha...lawak ar blog ko...
aku suka sangat2...