Thursday

Apabila aku jatuh cinta


Apabila aku jatuh cinta

Allahu Rabbi aku minta izin
Apabila aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untukMu berkurangan
Hingga membuat lalai akan adanya Engkau
Allahu Rabbi
Aku meminta
Apabila aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cintaMu yang tidak terbatas
Biar rasaku kepadaMu tetap utuh

Allahu Rabbi
aIzinkanlah apabila aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan kasihMu

dan membuatku semakin mengkagumiMu
Allahu Rabbi
Apabila masanya aku jatuh cinta
Pertemukanlah kami
Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cintaMu
Allahu Rabbi
Pintaku terakhir adalah seandainya kujatuh cinta
Jangan pernah Kau palingkan wajahMu dariku
Anugerahkanlah aku cintaMu…
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu
Amiin.
Tulisan ini sekadar mengingatkan kita…. bahawa semua yg kita miliki didunia berasal dariNYA, berupa Amanah yang harus dijaga, disyukuri, jgn sampai membuat kan kita terlupa/ lalai kerana itu ujian dari NYA sampai dimana kita mensyukuri NYA.
Dan jangan sampai kita semakin sombong apa yg kita miliki, dapatkan, dengan usaha sendiri kerana tanpa izin dariNYA tidak mungkin kita dapatkan…
Jangan sampai lupa kepadaNYA setelah mengenal cinta dgn lain jenis(AWEK/PAKWE/ISTERI/SUAMI) yg kita idamkan. Kerana itu jg bentuk ujian kita.

0 orang menjawab...:

Post a Comment