“Prince William Divorces Kate Middleton After 5 Weeks” begitulah headline di website The Onion yang mencetuskan terkini.
Perkahwinan Diraja yang ditonton seramai 2 billion penonton di seluruh dunia dikatakan hanya bertahan hanya 5 minggu sahaja menurut laman web The Onion telah menjadi gempak dengan diperkatakan oleh blogger-blogger seluruh dunia sehingga pencarian kata “Prince William divorces Kate” mempunyai lebih 14,000 result.
Namun setelah diselidiki rupanya berita Putera William – Kate bercerai hanya satu berita palsu atau hoax sahaja. Pasangan Kate-William dikatakan sedang membuat perancangan menjelajah Kanada pada bulan Jun dan Julai ini.
Mungkin laman tabloid The Onion menyebarkan berita gempak tersebut hanya teknik viral supaya khalayak berkunjung ke laman mereka.
Inilah dunia internet, mudah menyebarkan berita panas dan hangat. Tetapi sebagai pengguna internet, kita perlu bijak membuat penilaian mana berita palsu dan mana berita benar.
Apa pun kita tunggu pengumuman dari Istana samada mereka akan sahkan perceraian tersebut atau tidak.
0 orang menjawab...:
Post a Comment