Friday

Mark Zuckerberg berkahwin


Status terkini pengasas Facebook, Mark Zuckerberg  sudah berubah?
Pada hari Sabtu lepas, status Facebook Mark bertukar menjadi ‘Married’!  Mark telah berkahwin kekasihnya yang telah lama bercinta, Priscilla Chan. Pernikahan tersebut dibuat di rumah Mark yang teletak di Palo Alto, California.
Mark dan Priscilla
(USA Today)
Uniknya adalah, para jemputan pada mulanya menyangka bahawa parti yang mereka dijemput itu adalah perayaan atas lulusnya Priscilla dari kuliah perubatannya di University of California pada Isnin lepas.
Para jemputan yang dijemput adalah kurang dari 100 orang tersebut terkejut kerana mengetahui itu adalah hari pernikahan Priscilla dan Mark, pasangan yang bertemu di Harvard dan telah bercinta selama lebih dari 9 tahun!
Mark Zuckerber
(India Times)
Dilansirkan dari Gossip Cop, cincin pernikahan yang diberikan kepada Priscilla adalah direka oleh Mark sendiri dan terdiri dari sebuah berlian yang sederhana.
Apa pun,Semoga berbahagia untuk Mark dan Priscilla!
Posted @ www.isuhangat.net.

0 orang menjawab...:

Post a Comment