Saturday

Arak Dalam Biskut Munchy?

Wife saya mengeluh susah nak makan sekarang ni, semua tak halal sambil menyebut SMS dari rakannya yang berbunyi begini:
TERKINI: JAKIM TLH BUAT SERBUAN KE ATAS KILANG MUNCHYS, BT. PAHAT DAN MENEMUI STOR ARAK. BOSNYA DGN RASA BANGGA DAN RASA TAK BERSALAH,MENGATAKN ARAK TERSEBUT UTK DICAMPUR KE DLM BISKUT..TLG SEBARKAN MAKLUMAT INI KPD SEISLAM & KEPENTINGN UMAT ISLAM. DR PEG.JAKIM – HJ. JALIL BIN RAIHAN (JAKIM PUTRAJAYA)

Kilang Munchy di simpang tiga Tongkang Pechah Batu Pahat memang saya selalu lalu dan setahu saya majoriti pekerjanya adalah berugama Islam, pelik juga kandungan SMS ini.

Dan untuk mendapat pencerahan kita mesti merujuk kepada pihak yang bertanggungjawab, untuk memastikan berita yang disampaikan adalah palsu atau tidak.
Dan inilah jawapan yang dipetik dari portal Halal.gov.my :
1. JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung sms yang menyatakan “JAKIM telah membuat serbuan ke atas kilang Munchys di Batu Pahat dan menemui stor arak”.
2. Adalah dimaklumkan bahawa JAKIM tidak pernah melakukan serbuan seperti yang didakwa dan di sini juga, JAKIM ingin menafikan kewujudan pegawai yang menghantar sms tersebut adalah pegawai JAKIM di Putrajaya.
3. Sukacita dimaklumkan, produk yang dikeluarkan oleh kilang Munchys di Batu Pahat telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM yang masih sah sehingga 31 Julai 2013.
4. Justeru JAKIM menasihatkan kepada semua pengguna agar merujuk kepada portal halal di www.halal.gov.my untuk pengesahan.
Sekian, terima kasih.
So…?
Jelaslah SMS tadi adalah SMS Palsu yang dicipta oleh orang yang berniat untuk menfitnah dan memburuk-burukkan jenama biskut tersebut.
Jadi di zaman teknologi maklumat ni jangan mudah mempercayai berita-berita yang didengar atau dibaca.Siasat dahulu kebenarannya sebelum menyebarkan berita-berita palsu. Daripada niat kita baik untuk alert kepada saudara Islam, tak pasal-pasal menjadi AGEN PENYEBAR FITNAH.
Isu hangat ini juga membuatkan saya terfikir kenapa syarikat yang dimiliki orang bukan Islam yang menguasai makanan HALAL orang Islam?
Posted @ www.isuhangat.net.

0 orang menjawab...:

Post a Comment